Selasa, 27 Disember 2011

Selasa, 6 Disember 2011

Kerusi Plastik



Kerusi plastik ini entah siapa yang punya. Mungkin kepunyaan jiran yang tinggal di belakang rumah aku nilah. Aku nampak kat jalan belakang rumah aku lalu teragak pula nak ambil gambarnya. Rasanya inilah pemandangan biasa di jalan belakang di kawasan perumahan.

Pokok Ubi Kayu



Ini pokok ubi kayu depan rumah aku. Mak aku yang tanam masa dia boleh lagi berjalan sendiri keluar rumah.


Zaman aku kecil-kecil, ubi kayu antara pokok yang biasanya ditanam di tepi-tepi rumah kerana ubinya boleh dibuat bermacam-macam kuih atau makanan. Selain itu pucuknya juga boleh dijadikan sayur dan ulam.

Isnin, 5 Disember 2011

Kebun getah



Ini kebun getah berdekatan rumah abang cu aku di Kg Bangau Parit, Temerloh. Pokok getah ni dah tua.


Aku pun pernah menoreh getah, keknya menoreh masa cuti sekolah je untuk memanfaatkan masa sementara menunggu sekolah kembali dibuka. Hasilnya dapatlah sedikit menampung perbelanjaan  aku di sekolah menengah. 

Belimbing buluh



Orang kampung aku panggil buah ni belimbing buluh. Rasanya sangat masam kalau dimakan begitu sahaja. Bagaimanapun buah ini menjadi antara ramuan masakan yang penting bagi orang kampung aku Merapoh.


Buah ini biasanya akan digunakan dalam masakan "gulai masam" atau "gulai tempoyak", masak sambal budu dan sambal ikan bilis.


Buah belimbing ini lagi sedap kalau dibuat sambal goreng hitam. Bagaimanpun belimbing ini perlu direbus selama beberapa jam sehingga airnya kering dan warnanya kehitaman barulah boleh dibuat sambal goreng hitam. Sambal ini boleh digoreng banyak-banyak kerana ia tahan lama kira-kira seminggu lebih.


  

Kabus







Alangkah nyamannya berada di kawasan hutan dan berkabus nipis di pagi hari. 


Berasa segar udara sekeliling menyihatkan. Keknya sekarang ni agar sukar mengalami suasana seperti ini, apatah lagi di bandar. Jagalah alam persekitaran kita agar keadaan seperti ini terus dapat dinikmati oleh anak cucu kita akan datang.

Ayat-ayat Suci



Cantik kalau digantung di dalam rumah atau di dalam bilik.


Bilik akan lebih berseri dan harmoni. Eloklah gantung ayat-ayat Al Quran sebagai hiasan tetapi kena ingat, orang-orang yang menghuni ruang ini juga mestilah berkelakuan selaras dengan kesucian hiasan ini barulah betul. Jangan gantung ayat sahaja tapi buat maksiat, tak solat dan sebagainya.

Tasbih


SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


Tasbih untuk memudahkan kita berzikir tetapi sayang ramai yang hanya menggantungnya di dalam kereta sebagai hiasan sahaja.



Kucing





Suka kucing tak? Aku suka kucing. Aku bagi nama kucing ni Si Citam. Aku sayang sangat kucing ni kerana dia aktif dan kelakar.

Kuala Lumpur


Inilah gambar Bandar Raya Kuala Lumpur yang aku ambil pada waktu senja dari Bukit Ampang pada 1 November 2011. 


Anak sedara aku Shahril yang ajak aku berjalan ke bukit ni sebab katanya kita boleh lihat pemandangan seluruh KL dari sini. Emm.. lain kali bolehlah aku datang lagi.



Kerusi malas





Kenapa orang letak nama kerusi ni kerusi malas ya? Kasihan kerusi ni tak pasal-pasal dapat nama malas.

Ahad, 4 Disember 2011

Angsa





Zaman dahulu ramai orang kampung pelihara angsa. Sekarang ni dah susah nak jumpa angsa kerana kebanyakan orang sekarang tinggal di taman perumahan yang tidak sesuai untuk memelihara angsa. Antara sebab orang dahulu pelihara angsa adalah untuk dijadikan pengawas kawasan halaman rumah mereka. Angsa akan bersuara bising apabila orang yang tidak dikenali datang ke rumah mereka. Ini boleh menyedarkan tuan rumah apabila ada orang datang ke rumah. Boleh dikatakan angsa ni pengganti anjinglah yang boleh memberi amaran apabila ada orang datang bertandang ke rumah. Nak pelihara anjing pula rasa keberatan kerana kurang digalakkan dalam agama Islam.


Selain itu angsa juga akan menyudu atau menyerang orang yang mereka tidak kenali. Ramai orang takut untuk mendekati angsa terutama perempuan kerana tindakan agresifnya itu. Bagaimanapun mengikut pengalaman aku, gigitan angsa ni tak ada apa sangat. Terasa sakit sikit aje....





Kerengga





Kenal tak kerengga? 


Budak sekarang mungkin ramai yang tak kenal kerengga ni. Mereka mungkin sebut ini semut sahaja, bukan kerengga. Masa umur aku 5 atau 6 tahun, aku dah kenal kerengga kerana sekeliling rumah aku semak atau banyak pokok-pokok yang menjadi tempat sarang kerengga. Selalu sangatlah kena gigit dengan kerengga ni apabila memanjat pokok jambu dan sebagai yang menjadi tempat kerengga ni bersarang. Rasa gigitannya taklah sakit sangat tapi memang tak tak tahan kalau diserang ramai-ramai. 


Jadi biasanya apabila aku panjat untuk ambil buah, aku akan segera turun setelah mendapat sebiji dua buah jambu kerana tak tahan diserang oleh kerengga-kerengga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...