Khamis, 15 Mei 2014

Utih Penarik



Weey... cantiknya kucing ni. Bersih pulak bulunya. Itulah yang terdetik di hati aku apabila terpandang seekor kucing semasa berjalan-jalan bersama keluarga dan saudara-mara di Pantai Penarik Terengganu. Klik! klik! klik! Kamera aku berbunyi! Biasanya kalau kucing terbiar macam ni kelihatan agak kotor dan tak berapa sanggup kita nak memegangnya. Tetapi kucing ni ok, bulunya bersih dan lembut apabila diusap. Mungkin ada yang penjaganya kot sebab badannya kelihatan sihat sekali. Kucing! kucing!, apasal selalunya apabila jumpa kucing, aku suka melihatnya.

Sabtu, 7 April 2012

Bunga Misteri



Bunga apa ni hah? Aku ambil gambarnya masa aku pergi baiki air-cond kereta aku kat bandar Temerloh. Masa lepak tunggu air-cond kereta aku siap dibaiki, sempat juga aku snap beberapa keping gambar termasuklah gambar bunga ni. Cantik sungguh bunga nikan tapi sayang aku tak tau panggil bunga apa. Kalau sesiapa tahu nama bunga ni bagi taulah....

Selasa, 21 Februari 2012

Bunga Kantan


Ini bunga kantan. Bunga kantan ni selalu digunakan sebagai ramuan dalam masakan orang-orang Melayu. Aku ambil gambar bunga kantan ni yang kebetulan sedang kembang di belakang rumah mak mertua aku di Sungai Siput, Melaka. Ok tak gambar yang aku ambil ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...