Isnin, 22 Ogos 2022

Kolam Air Panas Bentong

AHAD, 21 Ogos 2022.

Aku sampai ke Kolam Air Panas Bentong dalam pukul 12 tengah hari. Ingat nak rendam kaki dalam air panas tetapi batalkannya. Sebabnya aku ragu-ragu akan kebersihan air di sini. Longkang di tepi kolam itu nampak kotor, Airnya pula keruh dan tenang tidak mengalir. Aku tak kata kolam ni kotor cuma aku cakap nampak macam kotor. Sebab itulah aku batalkan rancangan aku tadi. Aku hanya berada di kolam luar sebab kolam di dalam tutup. Kenapa tempat tu tutup aku pun tak tahu. Aku harap tempat macam ni kerajaan negeri Pahang kena ambil perhatian. Jagalah tempat yang menjadi tarikan orang ramai ni agar banyak tempat yang orang ingat untuk datang ke negeri Pahang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...