Isnin, 2 Januari 2012
Citam nakal
Aku jumpa kucing ni depan rumah aku dengan keadaannya yang mungkin baru lahir dalam 2 atau 3 hari. Ibunya tak mengisahkannya lalu aku ambil dan berinya susu sehinggalah sekarang ni dah besar dan comel. Mungkin kerana aku bersusah payah jaga kucing ni hingga besar menyebabkan rasa sayang aku pada kucing ini berlebih-lebih pula. Bila lama berpisah mulalah terbayang-bayang telatahnya yang nakal itu.
Jeti Nelayan
Inilah gambar yang sempat aku rakamkan semasa mula bertolak ke Temerloh setelah selesai menziarahi abang sulung aku yang baru meninggal dunia pada pagi 18 Disember 2011. Sungguh mengharukan tetapi kami redha akan pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri Rahmat.
Jeti ini terletak di Kampung Penaga, Pulau Pinang.
Si Mokteh
Mokteh! Itulah nama yang diberi kerana badannya yang gemuk bulunya berwarna putih. Seekor kucing yang baik dan comel di rumah mak mertua aku di Kampung Sungai Siput, Melaka. Kucing ni pandai bergurau dan seperti tidak pernah mencakar atau menggigit budak-budak walaupun kadang-kadang diperlakukannya dengan kasar.
MasyaAllah!
Langgan:
Catatan (Atom)