Khamis, 15 Mei 2014
Utih Penarik
Weey... cantiknya kucing ni. Bersih pulak bulunya. Itulah yang terdetik di hati aku apabila terpandang seekor kucing semasa berjalan-jalan bersama keluarga dan saudara-mara di Pantai Penarik Terengganu. Klik! klik! klik! Kamera aku berbunyi! Biasanya kalau kucing terbiar macam ni kelihatan agak kotor dan tak berapa sanggup kita nak memegangnya. Tetapi kucing ni ok, bulunya bersih dan lembut apabila diusap. Mungkin ada yang penjaganya kot sebab badannya kelihatan sihat sekali. Kucing! kucing!, apasal selalunya apabila jumpa kucing, aku suka melihatnya.
Langgan:
Catatan (Atom)