Isnin, 20 Februari 2012

Makanan Citam


Gambar Citam lagi. Ha ha ha, nak buat cam mana dah inilah sekor kucing yang aku pelihara. Kucing ni kalau dah diberi makanan palet dari kecil, susahlah nak makan makanan lain. Si Citam ni tinggal di dua tempat. Kejab di rumah abang cu aku di Bangau Parit, kejab di rumah aku. Memang sejak kecil aku bagi kucing ni makan palet je jenis Royal Canin. Mahal juga makanan kucing ni hampir RM 70 sekampit 2 kg. Aku kesian nak bagi makanan kucing yang murah-murah ni sebab ada orang kata tak baik untuk kucing dalam jangka masa panjang. 2 kg tu tahanlah hampir 2 bulan sebabnya Citam tak makan banyak sangat mungkin kerana makanan tu cukup khasiat walaupun makan sikit je. 

Bila Citam di rumah abang cu aku, cubalah bagi makan ikan rebus dan nasi tapi tak mau... Takpalah mahal-mahalah, janji Citam sihat. Cuma aku sekarang ni risaukan bahan-bahan dalam palet tulah. Halal ke tak halal. Boleh ke aku terus bagi Citam ni makan Royal Canin. Berdosa ke.... Ada ke makanan kucing yang bagus dan halal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...